Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Port Dickson di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 Isnin ini akan dimulakan dengan upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen Port Dickson, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini secara tidak rasmi menang pilihan raya kecil di situ.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan kelmarin memberitahu:

“Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan upacara mengangkat sumpah anggota Parlimen bagi mengisi kerusi Parlimen Port Dickson pada 15 Okt pukul 10 pagi dan akan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya. – MalaysiaGazette

Sidang kedua Parlimen ke-14 berlangsung 30 hari

Tidak rasmi: Anwar atasi catatan majoriti Danyal di Port Dickson

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast