Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan berhampiran Michigan State University (MSU) di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat, semalam.
Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan berhampiran Michigan State University (MSU) di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat, semalam.

PUTRAJAYA – Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan berhampiran Michigan State University (MSU) di East Lansing, Michigan, Amerika Syarikat, semalam.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata Education Malaysia (EM) Chicago telah berhubung dengan Persatuan Penuntut-Penuntut Malaysia MSU dan telah memberi nasihat mengenai aspek keselamatan.

“EM Chicago juga sedang memantau perkembangan susulan kejadian itu dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” kata kementerian itu.

Menurut laporan media, seorang pelajar MSU berusia 22 tahun yang berasal dari Texas, telah ditembak mati dalam pergaduhan di sebuah kompleks pangsapuri pelajar luar kampus.

Kompleks pangsapuri itu terletak kira-kira tiga kilometer di utara kampus MSU.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast