Seorang paraglider maut selepas enjin paragliding mengalami kerosakan. foto Bernama

ALOR SETAR – Seorang paraglider maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paraglidingnya mengalami masalah ketika menjalankan aktiviti tersebut di Dataran Dato Ali Yahaya di Kuala Muda, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, lelaki berumur 30 tahun itu yang merupakan anggota persatuan paraglider berdaftar dan berkelayakan, datang menjalankan aktiviti bersama seorang lagi rakannya pada pukul 8 pagi.

“Bagaimanapun lebih kurang lima minit selepas terbang, enjin paraglider mangsa mengalami masalah hingga menyebabkan mangsa jatuh ke dalam sungai.

“Orang kampung yang ternampak cuba membantu mangsa dan mangsa telah dijumpai lebih kurang satu kilometer dari tempat dia terjatuh selepas dibawa arus sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata siasatan awal mendapati mangsa mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk melakukan penerbangan. Enjin paragliding tersebut akan dihantar ke agensi berkaitan untuk diperiksa bagi mengetahui punca kejadian.

Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast