Sulawesi
Keadaan di Palu, Sulawesi akibat gempa bumi yang melanda, bulan lalu.

WASHINGTON – Bank Dunia telah menawarkan dana sebanyak AS1 bilion (RM4.17 bilion) bagi membantu Indonesia memulihkan negara itu selepas dilanda pelbagai bencana alam sejak akhir-akhir ini.

Al Jazeera melaporkan, Ketua Pegawai Eksekuti, Kristalina Geogieve berkata, dana itu akan dapat disediakan selepas mendapat persetujuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam mesyuarat di Bali hari ini.

Kata Georgieva, dana yang disediakan dalam bentuk pinjaman itu akan digunakan oleh kerajaan Indonesia untuk memulihkan beberapa kawasan yang terjejas teruk daripada kesan tsunami, gempa bumi dan juga banjir.

Selain itu, jelas Georgieva, kerajaan Indonesia juga akan menggunakan dana tersebut untuk melakukan pelbagai perancangan bagi keselamatan lebih baik seandainya berlaku bencana pada masa hadapan.

““Bencana akan terus berlaku. Apa yang boleh kita sumbangkan adalah membuat binaan yang lebih baik supaya dapat mengurangkan kadar kematian dan kerosakan.

“Negara ini seringkali dilanda bencana alam dengan kerapkali. Dana yang disediakan ini untuk memastikan keadaan ini dapat dikawal sekurang-kurangnya daripada nyawa terus melayang pada masa hadapan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekuti, Kristalina Geogieve

Gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di bandar Palu, Sulawesi pada 28 September lalu mengakibatkan lebih 2,000 orang terbunuh dan ribuan lagi masih hilang.

Bagaimanapun, ketika ini pasukan penyelamat telah menghentikan usaha mencari dan menyelamat lebih 5,000 mangsa yang masih lagi hilang dikuatiri mungkin tertimbus di bawah runtuhan bandar itu di mana keluruhan kampung telah ditelan bumi,

Hampir 90,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ekoran bencara itu dan mereka dijangka kekal di pusat tersebut bagi tempoh dua tahun sebelum memiliki rumah semula.

Kumpulan misi kemanusiaan, berkata masalah utama yang dihadapi buat masa ini adalah bekalan air bersih dan ubatan yang diperlukan kira-kira 200,000 mangsa bencana tersebut. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast