Penyanyi terkenal, Saleem meninggal dunia di Hospital HUKM pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pukul 6.15 pagi tadi.

Allahyarham dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu akibat kecederaan parah patah tulang rusuk.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, mula mencipta nama sebagai vokalis kumpulan Iklim yang popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Hasil perkahwinan pertamanya, salah seorang anaknya iaitu Syafiq Farhain mengikut jejak dalam bidang seni. – MalaysiaGazette