Sebahagian ahli keluarga dan penggiat seni membantu proses pengebumian jenazah Allahyarham Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed di Tanah Perkuburan Batu 10 Cheras, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR- Jenazah penyanyi popular, Saleem selamat dikebumikan di Tanah Islam Perkuburan Cheras Perdana selepas Zuhur di sini hari ini.

Lebih 300 saudara, kenalan serta rakan artis hadir di surau berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed, 57, sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.

Sekitar pukul 7 pagi tadi, salah seorang anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu itu memuat naik status mengenai kematian penyanyi legenda itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini.

Pemergian anak kelahiran Setiu, Terengganu itu merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang memliki vokal unik dan bersuara emas.

Selain Suci Dalam Debu, Saleem meninggalkan puluhan koleksi lagu popular nyanyiannya seperti Bunga Emas, Selamat Tinggal Penderitaan, Satu Kesan Abadi, Budi dan Bulan Jatuh Ke Riba. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast