Seorang pekerja pendawaian elektrik warga Bangladesh cedera apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter selepas berlaku runtuhan siling di lobi sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal hari ini.
Seorang pekerja pendawaian elektrik warga Bangladesh cedera apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter selepas berlaku runtuhan siling di lobi sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pendawaian elektrik warga Bangladesh cedera apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter selepas berlaku runtuhan siling di lobi sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian pada 3.40 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih pendawaian elektrik di bahagian dalam siling bangunan itu.

“Lima jentera bersama 26 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Runtuhan siling berkeluasan 1,500 meter per segi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

hilton5
Mangsa yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan ekoran kecederaan di bahagian kepala dan keadaannya kini dilaporkan stabil. 

Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan ekoran kecederaan di bahagian kepala dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Terdahulu, beberapa keping gambar yang memaparkan sebahagian struktur siling hotel itu runtuh, tular di laman sosial, hari ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast