Gambar hiasan. Foto Reuters

BEIJING – Niaga hadapan minyak mentah naik dengan ketara dalam dagangan hari ini ekoran ketegangan geopolitik ekoran kehilangan seorang wartawan Arab Saudi telah menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan.

Pasaran minyak mentah juga disokong selepas data yang menunjukkan Korea Selatan tidak lagi mengimport minyak dari Iran pada bulan September untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun, sebelum sekatan Amerika Syarikat terhadap Tehran berkuatkuasa November ini.

Minyak mentah Brent meningkat AS$0.98 atau 1.22 peratus, kepada AS$81.41 setong pada 0124 GMT, berada di paras tertinggi hariannya sejak 9 Oktober.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat juga naik sebanyak AS$0.80 kepada AS$72.15 setong, melanjutkan keuntungan pada hari Jumaat selepas mengalami kerugian pada hari Rabu dan Khamis.

“Pasaran itu sekali lagi prihatin terhadap ketegangan geopolitik di Timur Tengah selepas komen perdagangan Amerika Syarikat dan Arab Saudi berikutan kehilangan Jamal Khashoggi yang mendorong kepada kenaikan harga,” kata Wang Xiao, Ketua Penyelidikan Mentah Guotai Junan Futures, dalam nota penyelidikan.

Arab Saudi telah mengalami tekanan sejak Jamal Khashoggi, seorang pengkritik kerajaan Riyadh hilang pada 2 Oktober selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Saudi Arabia has been under pressure since Jamal Khashoggi, a prominent critic of Riyadh and a U.S. resident, disappeared on Oct. 2 after visiting the Saudi consulate in Istanbul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast