Proton X70
X70 antara penyumbang jualan Proton.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad hari ini melancarkan platform tempahan atas talian bagi kenderaan sport utilitinya.

Dalam kenyataannya berkata, platform itu telah beroperasi sejak pukul 10 pagi tadi bagi
membolehkan pelanggan membuat tempahan Proton X70 menggunakan alat peranti.

Ketua pengedaran Proton Holdings Proton Edar Sdn Bhd Abdul Rashid Musa berkata, selepas mengkaji keutamaan pengguna dan trend pasaran, Proton percaya masa yang tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada para pelanggan.

Menurutnya, platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana pelanggan, selagi terdapat sambungan Internet yang tersedia.

Syarikat itu juga telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran Proton X70, tambahnya.

Abdul Rashid berkata, sambutan pelanggan terhadap Proton X70 amat menggembirakan.

Kehadiran pada sesi pratonton sangat tinggi dengan majoriti rasa kagum dengan kualiti dan  spesifikasi yang ditawarkan pada model pertama yang akan dibangunkan bersama oleh Proton dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Ia akan menjadi pemangkin perubahan untuk Proton dan pelanggan, berdasarkan jumlah tempahan pra-pelancaran yang kukuh. Kami berusaha keras untuk memastikan kenderaan ini menepati jangkaan para pelanggan,” kata beliau lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast