Dr. Mahathir Mohamad.

LANGKAWI – Penahanan beberapa bekas pemimpin yang kini menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah tidak bermotifkan politik sebaliknya ia tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata undang-undang akan menentukan mereka yang menghadapi pertuduhan itu sama ada bersalah atau sebaliknya.

“Undang-undang tidak mengira sesiapa dan di Malaysia, raja pun tertakluk kepada undang-undang. Pemimpin atau bukan pemimpin tertakluk kepada undang-undang ini.

“Kita ada cara, bukan tangkap dan (terus) tahan dalam penjara. Ini bukan cara kita, sebaliknya mereka ada pendakwaan, mereka boleh sediakan peguam dan macam-macam cara boleh dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pertemuan Warga Peladang di Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa pemimpin UMNO yang ditahan dan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dengan yang terbaru membabitkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast