Perintah sambung reman terhadap warga Libya berumur 23 itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini hari ini.
Lelaki itu merupakan pemandu kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terlibat dengan kes tersebut.
Peguam yang mewakili lelaki itu, Jeremy Vinesh Anthony berkata tiga lagi rakan suspek yang sebelum ini direman bersama anak guamnya dibebaskan.
Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.
Seorang lelaki warga Yaman berusia 22 tahun yang turut dibawa ke mahkamah hari ini tidak dipohon untuk disambung reman, katanya.
Dalam kes langgar lari itu, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia pada Khamis selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. – MalaysiaGazette