Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin (empat kiri) bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Hatta Md Ramli (tiga kiri) Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (empat kanan) dan Pengarah MYNEST Global Sdn Bhd, Datuk Chua Huai Gen (dua kiri) membuat gimik Perasmian Pusat Pemprosesan Sarang Burung Walid MyNest Malaysia di Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2018

PUCHONG – Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan sekiranya ada peneroka Felda berminat bagi menceburi perniagaan sarang burung  walid bagi meningkatkan pendapatan selain kelapa sawit dan getah.

Timbalan menteri, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, ia mungkin mampu menampung ketika era harga kelapa sawit dan getah yang merudum.

“Jika betul caranya kementerian boleh bantu (khidmat nasihat dan pinjaman bank) dan saya percaya sekarang sudah ada peneroka yang terlibat dalam perniagaan burung walid secara kecil-kecilan,” ujarnya selepas merasmikan Perasmian Pusat Pemprosesan Sarang Burung Walid MyNest Malaysia di Pusat Bandar Puchong malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd. Radzi Md Jidin, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Pengarah MYNEST Global Sdn. Bhd., Datuk Chua Huai Gen.

Dalam pada itu, Mohd. Hatta juga memberitahu, kementeriannya juga kini sedang mengkaji pokok buluh untuk diceburi usahawan termasuk potensinya dalam industri perabot.

Ia, katanya, mungkin boleh diceburi oleh peneroka Felda yang mempunyai tanah yang luas untuk menanam pokok buluh.

Terdahulu, Huai Gen memberitahu, MYNEST menyasarkan sebahagian besar produk sarang burung walid syarikatnya akan dipasarkan ke China selain beberapa negara lain seperti Arab Saudi dan Australia.

“Bagi pasaran Arab Saudi, burung walid akan dijadikan sebahagian daripada kopi dan mendapat sambutan selain produk sampingan seperti kosmetik dan farmaseutikal,” ujarnya.

Produk burung walid dari Malaysia antara yang berkualiti selain Indonesia di Asia Tenggara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast