KUALA LUMPUR – Biasanya selebriti yang aktif di laman sosial akan menggunakan akaun Instagram yang kini menjadi perhatian sebagai ruangan untuk berkongsikan gambar-gambar harian mereka.

Namun berbeza dengan pelakoan Arja Lee yang baru-baru ini mengundang tanda tanya pengikutnya apabila memuat naik ratusan gambar putih.

Instagram Arja LeeOleh kerana wujud pelbagai persepsi susulan tindakannya itu, Azharudin Ramli, 35 tampil menafikan sedang mengalami kemurungan juga strategi untuk mencari publisiti.

Arja sebaliknya berkata gambar-gambar putih yang dimuat naiknya itu adalah simbolik kepada niat untuk memulakan kehidupan baru.

“Ramai orang tanya sebenarnya kenapa saya muat naik gambar putih itu dan ada menyangka akaun saya kena godam atau sedang mengalami ‘sakit jiwa’!

“Tidak… Bukan ‘saiko’ atau ‘sakit jiwa’. Tiada sebab khusus saya berbuat demikian sebaliknya hanya memulakan kehidupan baru.

“Ia sebagai satu simbolik bahawa saya ingin lupakan perkara lalu dan mulakan memori baru sebagai diri saya Azharudin Ramli dan bukan Arja Lee yang anda kenali,” katanya.

Tambah Arja, selain sibuk dengan karier seni, tumpuannya kini adalah kepada pelajaran selepas mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang teater.

“Saya masih aktif di InstaStory untuk berkongsi aktiviti harian tetapi bila saya nak muat naik gambar di Instagram itu saya tidak tahu.

“Tambahan pula, fikiran saya kini lebih fokus kepada pengajian saya di universiti dan Insya-Allah saya mahu jadi seorang pensyarah selepas ini,” ujarnya.

Kali terakhir Arja memuat naik gambar pada peminat 10 Oktober lalu. -MalaysiaGazette