Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman.
Datuk Mohd Azis Jamman

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin  Hussein tidak perlu menyusahkan diri untuk mencari Jho Low sehingga ke China sebaliknya menyerahkan sahaja maklumat yang ada kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, tidak ada keperluan untuk Hishamuddin untuk mencari Jho Low yang dipercayai menyembunyikan diri itu.

Kata beliau, maklumat yang didakwa ada bersamanya boleh disalurkan kepada kerajaan, polis atau KDN untuk menjejaki Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

“Tak perlu ke sana. Baik bagi maklumat seandainya ini boleh bantu untuk jejaki Jho Low untuk bawa balik ke sini.

“Kita belum berbincang tentang tawaran Hishamuddin yang mahu mencari Jho Low menggunakan kenalan beliau tetapi lebih baik beliau salurkan salurkan maklumat berguna kepada kita.

“Bukankah lebih baik bagi maklumat kepada kita? Kepada polis atau KDN? Itu lebih membantu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Hishamuddin pada Isnin lepas beliau akan mencari Jho Low walaupun sekiranya perlu sehingga ke China.

Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein1MDB,

“Saya akan cari Jho Low mencarinya sehingga ke lubang cacing. Rakyat mahu tahu kebenaran dengan skandal 1MDB. Isu ini perlu diselesaikan dan orang yang boleh berbuat demikian adalah Jho Low,” kata Hishamuddin.

Mohd. Azis seterusnya menambah, maklumat yang ada pada Hishamuddin sebenarnya berkemungkinan boleh membantu pihak berkuasa menjejaki jutawan tersebut yang kini dikehendaki kerajan Malaysia. – MalaysiaGazette

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sedang berusaha melalui "cara-cara persendirian" untuk membawa balik ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho, atau Jho Low, dari negara China.
Jho Low