Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL – Presiden Turki, Tayyip Erdogan mendesak Arab Saudi mendedahkan siapa sebenarnya yang memberi arahan membunuh wartawan, Jamal Khashoggi serta lokasi penemuan mayatnya.

Erdogan mendakwa dalam insiden itu, Arab Saudi mempunyai lebih banyak maklumat mengenai berbanding apa yang telah dikongsi setakat ini.

Menurutnya, Riyadh perlu mendedahkan identiti ‘pemberi kerjasama tempatan’ yang menurut Arab Saudi individu berkenaan telah mengambil mayat Khashoggi dari ejen Saudi selepas dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Arab Saudi pada Khamis mendakwa pembunuhan wartawan Washington Post itu sememangnya ‘dijangkakan’ dan bercanggah dengan kenyataan awal kononnya ia tidak disengajakan.

Pembunuhan Khashoggi menarik tumpuan dunia dan mecetuskan krisis di negara pengeksport minyak tersohor dunia dan Putera Mohammed yang merupakan pemerintah de facto negara itu.

“Siapa beri arahan (bunuh Khashoggi)…siapa memberi arahan untuk 15 orang datang ke Turki?” soal Erdogan sebagai merujuk kepada 15 orang pasukan keselamatan Saudi yang terbang ke Istanbul beberapa jam sebelum insiden itu berlaku.

Erdogan berkata, pendakwa raya Saudi akan bertemu dengan pendakwa raya Istanbul pada Ahad ini.

Sebelum ini kerajaan Saudi menolak tidak ada kena mengena dengan kehilangan misteri Khashoggi selepas masuk ke dalam konsulat Saudi.

Siasatan awal mencadangkan dia secara tidak sengaja terbunuh.

Pada Khamis, TV Arab Saudi memetik kata Pendakwa Raya Saudi berkata pembunuhan itu sememangnya dirancang dan suspek akan disoalsiasat berdasarkan asas maklumat yang disediakan Pasukan Bertindak bersepadu Saudi-Turki.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast