Beberapa serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang. Kredit foto Twitter Sutopo Purwo Noghoro
Beberapa serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang. Kredit foto Twitter Sutopo Purwo Noghoro

KUALA LUMPUR – Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berusaha mendapatkan maklumat lengkap berkenaan senarai penumpang pesawat Lion Air yang disahkan terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.

BERNAMA melaporkan, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada rakyat Malaysia turut terbabit.

Ketua Bahagian Kerjasama dan Perhubungan Awam Perhubungan Udara Indonesia, Sindu Rahayu berkata pesawat yang membawa 181 penumpang dan tujuh anak kapal itu dilaporkan terhempas di koordinat 05 46.15 S – 107 07.16 E, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi tadi.

“Operasi mencari pesawat itu sedang dilakukan,” katanya.

Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia). — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast