KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tersebar video dan beberapa keping gambar kontroversi mirip suami Ayu Raudah yang merupakan pemain bola sepak, Zaquan ‘beraksi’ di hadapan kamera.

Tidak cepat melatah, Ayu berkata gambar-gambar yang merupakan antara dia dan suaminya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada telefon bimbitnya yang rosak.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,”katanya.

Menurutnya, tindakan menyebarkan video dan gambar dalam simpanannya itu boleh menjejaskan imej suaminya.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari tujuh tahun yang lalu di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast