Polis Vatican menyiasat penemuan serpihan tulang manusia di Holy See.

VATICAN CITY – Pekerja telah menemui serpihan tulang manusia di Kedutaan Holy See Itali dan polis sedang menyiasat, kata Vatican.

Media melaporkan, pasukan forensik sedang meneliti sama ada serpihan tulang itu milik Emanuela Orlandi, anak perempuan salah seorang kakitangan polis Vatican yang dilaporkan hilang Jun 22 1983 selepas kelas muzik.

Vatican dalam satu kenyataan berkata ,tulang manusia itu ditemui semasa kerja binaan semula pekarangan kedutaan Holy See berhampiran muzium Borghese Villa dijalankan.

Ketua Pendakwa Giuseppe Pignatone yang mengendalikan siasatan itu mengarahkan forensik untuk mendapatkan umur, jantina dan tarikh kematian.

Polis akan berusaha memadankan DNA dengan tulang Orlandi atau Mirella Gregori di mana kedua-duanya hilang secara berasingan di Rom pada tahun 1983 dan sehingga kini masih belum terungkai nasib mereka.

Nasib Orlandi diibaratkan misteri terbesar dalam sejarah moden Itali.

Kehilangan perempuan itu secara asasnya dikaitkan penculikan oleh geng jenayah terancang untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Vatican.

Satu lagi spekulasi mendakwa Orlandi dibawa oleh individu tidak dikenali untuk membebaskan Mehmet Ali Agca penembak Turki yang menembak Pop John Paul II pada 1981 dan telah menjalani penjara seumur hidup di Itali.

Abang Orlandi Pietro melancarkan kempen untuk mencari Orlandi sambil mengecam Vatican yang membisu dalam hal itu.

Pada 2005, individu tidak dikenali menghubungi sebuah program televisyen dan mendakwa misteri penculikan Orlandi tertanam bersama Enrico “Renatino” De Pedis, seorang individu yang memimpin geng Magliana yang menggemparkan Rom pada 1980an.

Polis telah membuka semula kubur Enrico di Rom pada 2012 untuk mencari petunjuk baharu namun pulang dengan tangan kosong.

Gregori hilang 40 hari sebelum Orlandi dilaporkan hilang.

Ibunya berkata Gregori menjawab menerusi intercom di apartmen miik keluarganya sebelum memberitahu keluarganya dia akan berjumpa kawan sekolah, tetapi tidak pulang sejak hari itu.

Kenyataan Vatican langsung tidak menyentuh mengenai misteri kehilangan Orlandi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast