Pelabuhan Tanjung Pelepas

KUALA LUMPUR – Eksport kasar dianggar meningkat 3.9 peratus pada tahun 2019 dipacu oleh permintaan berterusan untuk barangan pembuatan serta pemulihan dalam eksport komoditi.

Tinjauan Ekonomi 2019 berkata, eksport barangan pembuatan dijangka meningkat 4.0 peratus berikutan permintaan yang lebih tinggi khususnya bagi produk elektrik dan elektronik, kimia, produk kimia, petroleum, barangan perkilangan logam, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik, saintifik.

Subsektor elektrik dan elektronik diunjur berkembang 4.4 peratus disumbangkan dalam industri automotif dan peralatan elektronik pengguna seperti peranti terhubung dan perkakasan pintar.

Eksport bukan elektrik dan elektronik dijangka meningkat 3.7 peratus sejajar dengan aktiviti pembuatan yang menggalakkan di rantau ini.

Permintaan dijangka stabil bagi bahan kimia dan plastik serta jentera dan kelengkapan.

Harga minyak yang stabil dijangka menyokong eksport petroleum bertapis manakala permintaan positif bagi logam perindustrian terus mendorong eksport aluminium, tembaga dan nikel.

Eksport pertanian dijangka pulih dengan pertumbuhan 5.4 peratus disokong oleh peningkatan harga dan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak sawit mentah dan getah asli.

Peningkatan penghantaran minyak sawit mentah dan getah asli dijangka menggalakkan pertumbuhan sektor ini.

Jangkaan peningkatan pengeluaran LNG melalui loji sedia ada dan baharu serta harga stabil bakal mengalakkan pertumbuhan eksport perlombongan yang dianggar 3.9 peratus pada tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast