Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihatkan agar penceramah agama untuk mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.
Mujahid Yusof Rawa

PARIT BUNTAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat saringan terhadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh Jakim dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru Kafa dapat dilantik (ke jawatan tetap),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat sini hari ini.

Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa seluruh negara ketika ini.

Mengulas mengenai Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, Mujahid berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap semua kaum di negara ini.

“Selain itu, dalam kekangan hutang kita (kerajaan) cari jalan bagaimana menjana pendapatan negara supaya golongan B40 ada pendapatan boleh guna,” katanya.

Mengenai Karnival Sinar Harapan, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata program dua hari mulai hari ini diadakan bagi meraikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). – MalaysiaGazette