Nurul Izzah digelar Puteri Reformasi oleh pejuang Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah Anwar

KOTA KINABALU  — Undian anggota PKR di Sabah adalah penting dalam menentukan pucuk kepimpinan parti itu di peringkat pusat, kata Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata jumlah keanggotaan PKR di Sabah adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor, dengan kira-kira 150,000 anggota bagi kesemua 25 cabang PKR di Sabah.

“Sabah ini penting dan istimewa kerana sebahagian besar peratusan pengundi dari Sabah akan menentukan pucuk kepimpinan PKR di peringkat pusat.

“Begitulah bagaimana kita menobatkan rakyat Sabah untuk bersama-sama kita menyelusuri masa depan keadilan dan atas dasar itu kita mohon dokongan secara berterusan ke arah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau suasana sekitar pusat pemilihan PKR bagi cabang Kota Kinabalu di Sekolah Menengah Kian Kok, Likas, dekat sini hari ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast