Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Operasi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan Kepong dan Sungai Buloh hari ini terganggu akibat pokok tumbang yang meghalang kedua-dua landasan.

Dalam satu kenyataan KTMB berkata, operasi perkhidmatan tren KTM Komuter di laluan berkenaan terjejas bermula dari pukul 4.45 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, disebabkan masalah itu tren dari Stesen Tanjung Malim hanya akan berhenti di Stesen Sungai Buloh manakala tren dari Stesen Pelabuhan Klang pula akan berhenti di Stesen Kepong.

“Para penumpang dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pengankutan alternatif iaitu MRT di Stesen Sungai Buloh.

“Perkhidmatan tren bagi laluan Stesen Pelabuhan Klang – Stesen KL Sentral dan Stesen Sungai Gadut – Stsen Batu Caves beroperasi seperti biasa,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, tren ETS perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh terhenti di antara laluan Stesen Sungai Buloh dan Stesen Kepong ketika ini.

“Semua perkhidmatan tren ETS akan mengalami kelewatan perjalanan di antara 60 minit hingga 90 minit.

“KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau melayari laman sesawang rasmi kami di www.ktmb.com.my,” ujar kenyataan itu. – MalaysiaGazette