Gambar hiasan

JAKARTA – Pelik bunyinya, ramaja Indonesia kini mendapat kaedah lain untuk khayal, iaitu dengan merebus tuala wanita dan meminum airnya.

Polis di Jakarta, Jawa Barat dan Jawa Tengah telah menahan beberapa orang remaja yang sedang menguji kaedah tidak normal itu untuk berada dalam keadaan khayal.

Kebanyakan daripada mereka menggunakan tuala wanita untuk khayal, lapor The Jakarta Post.

Ketua Agensi Narkotik Nasional cawangan Jakarta Tengah, Suprinarto berkata, klorin daripada rebusan itu mewujudkan perasaan hayal dan halusinasi sama seperti dialami apabila mengambil dadah.

“Mereka menggunakan tuala wanita yang diperoleh yang telah dibuang yang mana mereka letak dalam air mendidih. Selepas ia sejuk mereka meminumnya bersama-sama,” kata Suprinarto yang dipetik kompas.com.

Jimy Ginting yang menganjurkan peminuman selamat berkata, ia merupakan fenomena baharu.

Pada 2016, kumpulan-kumpulan remaja di Belitung, Pulau Belitung Bangka dan Kerawang, Jawa Barat melakukan perkara yang sama.

“Saya tidak tahu siapa yang memulakan semua ini tetapi saya tahu ia bermula kira-kira dua tahun lalu. Tiada undang-undang untuk menghalangnya setakat ini.

“Tiada undang-undang menghalang anak-anak ini menggunakan campuran penghalau nyamuk dan ubat batuk untuk hayal,” kata Jimy kepada The Jakarta Post. – Agensi.