Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George meminta kerajaan menjelaskan tentang pelaksanaan SST dan sejauh mana kesannya kepada rakyat.
Dr Jacob George

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa pertubuhan usahawan restoran hari ini yang membantah larangan menghisap rokok di kedai makan diselar.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mengusulkan supaya restoran yang menentang penguatkuasaan itu perlu diboikot.

“CASSA menyeru pengguna Malaysia supaya menggunakan kuasa mereka mendapatkan udara bersih semasa makan supaya memboikot kedai makan yang menentang usaha larangan merokok,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Menurut Jacob, tindakan mereka seakan-akan ‘mengancam’ kerajaan sedangkan peraturan sedemikian sudah lama dipraktikkan di negara-negara lain.

Bagi CASSA, ancaman persatuan seperti itu tidak boleh dikompromi malah boleh dikenakan tindakan perundangan.

Justeru, katanya, CASSA tidak mahu kerajaan melayan permintaan segelintir persatuan usahawan restoran dan tetap melaksanakan peraturan baharu itu pada tahun depan.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/12/persatuan-pengusaha-restoran-bantah-larangan-merokok/