Enam termasuk pejuang kanan Hamas, Sheikh Nur Barakeh maut dalam serangan di Gaza. foto Agensi

GAZA – Enam orang termasuk seorang komander Hamas terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel di sini.

Pejuang kanan Hamas, Sheikh Nur Barakeh, komander dari Briged Izzedine al-Qassam disahkan meninggal dunia.

Pertempuran berlaku di timur Khan Younis, di selatan wilayah itu.

Tentera Israel mengesahkan mereka berbalas serangan dan berkata semua askarnya kini kembali ke Israel.

Susulan kejadian itu, amaran siren roket dibunyikan di selatan Israel.

Beberapa roket yang dibedil dari Gaza ditembak jatuh dan sekurang-kurangnya satu mendarat di lapangan di Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memutuskan untuk segera pulang selepas lawatannya ke Paris sempena sambutan 100 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Hamas menyifatkan serangan oleh Israel itu sebagai pengecut.

Menurut Hamas, Israel melepaskan tembakan daripada sebuah kereta kira-kira tiga kilometer dari

Masing-masing berbalas tembakan dengan saksi-saksi melaporkan letupan berlaku dari kawasan serangan udara dari lokasi Israel.

BBC melaporkan serangkan operasi oleh pasukan khas Israel di dalam Gaza akan sangat jarang berlaku dan ia tercetus selepas progres oleh Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi pengantara dalam ketegangan di Gaza sejak beberapa bulan lalu.

Ketegangan antara Israel dan Hamas telah melonjak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Roket dari Gaza dan serangan udara Israel seperti menjadi sesuatu yang biasa.

Lebih daripada 200 orang Palestin di Gaza telah dibunuh oleh pasukan Israel sejak akhir bulan Mac – kebanyakannya semasa protes mingguan di sepanjang sempadan. – MalaysiaGazette