Zamani
Zamani berjaya mara ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5). Foto Ihsan Astro.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zamani menjelaskan dia lupa lirik menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi.

Zamani memberitahu, masalah yang timbul kerana dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Ku Dekat Padamu nyanyian Yusry KRU.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya,” katanya pada sidang media selepas konsert berakhir.

Zamani bagaimanapun antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Bekas vokalis Slam itu melahirkan rasa syukur dan menganggap sebagai rezeki walaupun dikritik netizen di media sosial.

“Selepas persembahan pertama saya dah give up kerana malu tapi saya fikir saya ada peluang kedua jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana nasib baik minggu ini kami diberi tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi jumlah markah dari dua persembahan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette