KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia pada September ialah 49,022 tan metrik, menurun sebanyak 22.0 peratus berbanding 62,862 tan metrik pada Ogos.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran menurun 6.1 peratus, menurut Jabatan Perangkaan.

Harga purata Lateks Pekat yang direkodkan ialah 409.18 sen sekilogram dan harga purata bagi Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) ialah 544.29 sen sekilogram.

Kedua-dua harga menunjukkan kenaikan masing-masing sebanyak 0.5 peratus dan 0.2 peratus apabila dibandingkan dengan harga purata pada Ogos 2018.

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 52,365 tan metrik, pengurangan 9.2 peratus berbanding Ogos 2018.

Menurutnya, destinasi utama getah asli dieksport ialah ke China, menyumbang 49.4 peratus daripada jumlah eksport pada September. Ia diikuti Germany (16.8%), Finland (5.4%), Korea (3.0%) dan Turkey (2.8%).

Penggunaan domestik getah asli pada September 2018 ialah 41,219 tan metrik berbanding 42,984 tan metrik pada Ogos 2018, pengurangan sebanyak 4.1 peratus. Industri sarung tangan getah sebagai pengguna utama menggunakan sebanyak 31,454 tan metrik atau 76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik getah asli.

Stok getah asli berjumlah 179,844 tan metrik, turun sebanyak 2.3 peratus berbanding 184,051 tan metrik pada akhir Ogos 2018. – MalaysiaGazette