Seorang pekerja di ladang di Tanzania mengeringkan buah gajus. foto Agensi

DODOMA – Kerajaan Tanzania telah mengerahkan tentera untuk membeli kacang gajus daripada petani untuk menyelesaikan masalah harga.

Presiden John Magufuli telah menetapkan hari Isnin sebagai tarikh akhir pembelian kacang itu pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Para petani telah menghentikan jualan hasil tanaman mereka itu selama berminggu-minggu selepas mendakwa harga tawaran oleh pedagang swasta terlalu rendah.

Pengkritik telah menuduh Presiden cuba menggunakan krisis itu untuk keuntungan politik.

Magafuli menolak tawaran daripada 13 syarikat yang mahu membeli hasil tanaman itu pada hargas AS$1.30 sekilogram.

Tentera Pertahanan Rakyat Tanzania telah diarah untuk membeli hasil gajus di selatan Mtwara pada harga AS$1.43 sekilogram.

Sabtu lalu, Presiden telah memecat Menteri Perdagangan dan Pertanian disebabkan krisis itu hingga mengakibatkan harga gajus merudum dan membuat pelantikan baharu.

Perintah beli itu dibuat kerana Magafuli mahu ribuan petani mendapat harga yang adil dan meraih pendapatan daripada eksport. – MalaysiaGazette