Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai 'pembantu MP Muar' dan meminta komisyen 30 peratus.
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai 'pembantu MP Muar' dan meminta komisyen 30 peratus.

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk merombak Kabinet adalah kuasa mutlak perdana menteri, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tambahnya, sebagai seorang menteri, beliau bersama-sama rakan-rakan Kabinet yang lain hanya perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ia adalah hak prerogatif perdana menteri.

“Biar apa pun yang terjadi, mustahak untuk saya dan rakan-rakan menteri yang lain untuk bekerja keras kepada rakyat kerana itulah tugas utama kami,” katanya ketika ditanya mengenai ura-ura rombakan kabinet tidak lama lagi.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar merupakan menteri Kabinet paling muda dalam sejarah.

Menurut laporan beberapa blog dan akhbar, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal melakukan rombakan barisan kabinet dengan menggugurkan beberapa nama seperti Menteri Pembagunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Beberapa pertukaran portfolio penting juga dikatakan menjadi sebahagian agenda dalam rombakan berkenaan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast