WASHINGTON – American Airlines Group Inc mengakui masih tidak mahir beberapa fungsi sistem anti-berhenti pesawat Boeing Co 737 MAX sehingga minggu lepas.

Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan A.S. (FAA) mengeluarkan panduan mengenai sistem itu minggu lepas selepas pesawat Lion Air terhempas di Indonesia pada 29 Oktober lalu.

Kejadian itu mengorbankan kesemua189 orang penumpang.

FAA memberi amaran kepada syarikat penerbangan pada minggu lalu bahawa kemasukan salah daripada sistem pengimbas (sensor) boleh menyebabkan menyebabkan muncung pesawat jatuh walaupun sistem autopilot dimatikan.

Ia menjadikan pesawat sukar untuk dikawal oleh juruterbang.

Sistem itu direka bagi mengelakkan pesawat daripada berhenti, menurut maklumat Boeing kepada syarikat-syarikat penerbangan.

Lantaran itu, American Airlines akan memastikan setiap juruterbangnya diberi latihan secukupnya berhubung prosedur dan memahami sistem utama pesawat berkenaan sebelum terbang.

Penyiasat Indonesia sebelum ini berkata, pesawat Lion Air  terhempas bulan lalu dipercayai berlaku kerana anak kapal tidak memahami penerbangan manual.

FAA dan Boeing sedang menilai keperluan perisian atau reka bentuk perubahan kepada 737 jet MAX sejurus kemalangan Lion Air, pengawal itu berkata pada hari Selasa.

Kesatuan juruterbang Amerika Syarikat juga memaklumkan mereka tidak tahu potensi risiko pesawat Boeing itu. – MalaysiaGazette