KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) melancarkan Promosi Super Jimat Hujung Tahun atau Year-End Super Saver (YESS) dengan tawaran diskaun sehingga 27 peratus untuk semua penumpang KLIA Ekspres bermula 1 Oktober 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Sepanjang tempoh promosi ini, tambang tren satu hala bagi orang dewasa ialah RM45 (tambang biasa: RM55) manakala kanak-kanak, tambangnya ialah RM20 sahaja (tambang biasa: RM25).

Tiket pergi-balik pula berharga RM85 (tambang biasa: RM100) bagi orang dewasa dan RM38 (tambang biasa: RM45) bagi kanak-kanak.

Penumpang berkumpulan (tiga orang atau lebih dalam satu kumpulan), boleh turut menikmati tambang iaitu RM40 seorang (dewasa, satu hala).

“Sempena cuti sekolah dan perayaan Krismas yang bakal menjelang, orang ramai yang akan melancong ke luar negara boleh mendapatkan harga istimewa ini secara atas talian dengan menggunakan kod promosi khas,” menurut kenyataan di sini.

ERL juga menawarkan pakej KLIA Ekspres + GRAB pada harga istimewa – hanya dengan tambahan RM5 (satu hala), penumpang boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar dari rumah ke KL Sentral dan sebaliknya.

Kod promosi Grab bernilai RM10 yang termasuk dalam pakej ini boleh digunakan untuk perjalanan pergi ke KL Sentral atau balik dari KL Sentral sahaja.

Kod promo YESS boleh didapati di Instagram (https://www.instagram.com/kliaekspres), Facebook (https://www.facebook.com/KLIAekspres) dan Twitter KLIA Ekspres (https://twitter.com/KLIAekspres). – MalaysiaGazette