TOKYO – Harga minyak Amerika Syarikat susut dalam dagangan hari ini selepas industri memaklumkan jumlah inventori meningkat daripada yang dijangkakan.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat susut 0.6 peratus kepada AS$55.92 setong.

Kontrak hadapan itu naik sebanyak 1.0 peratus pada hari Rabu selepas jatuh pada 12 sesi berturut-tuurt dan mencecah paras terendah sejak November 2017.

Manakala Brent belum didagangkan selepas ditutup AS$661.12 setong selepas mencecah paras tinggi kepada AS$67.63.

Institut Petroleum Amerika Syarikat memaklumkan, inventori minyak mentah melonjak 8.8 juta tong dalam seminggu pada 9 November kepada 440.7 juta berbanding unjuran penganalisis 3.2 juta tong.

Pasaran minyak dunia terjejas oleh peningkatan bekalan dari OPEC, Rusia dan Amerika Syarikat dan pengeluar lain, selain kebimbangan kelembapan ekonomi dunia yang akan menjejaskan permintaan tenaga. – MalaysiaGazette