Rebecca Fatima Sta Maria

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Beliau adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang berkhidmat di kementerian itu pada tahun 2010 hingga 2016.

Rebecca akan memulakan tugasnya dalam tempoh tiga tahun mulai Januari tahun depan selepas perkhidmatan Dr Alan Bollard dari New Zealand berakhir.

Beliau juga adalah Pengarah Eksekutif APEC yang ketiga. – MalaysiaGazette