KUALA LUMPUR – Tan Sri Tony Fernandes berkata, ringgit sangat lemah dan mata wang tempatan itu sepatutnya didagangkan pada 3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Permintaan teguh. Ringgit lemah. Berbanding dengan mata wang lain, ringgit sepatutnya didagangkan 3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat. Filipina juga kukuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group menerusi Twitter beliau.

Tambah beliau, ekonomi Malaysia juga kukuh.

Beliau berpendapat, bank-bank dan spekulator menyebabkan berlaku banyak kesulitan dalam ekonomi sebenar.

“Kerosakan yang berlaku sekarang adalah dua kali ganda daripada apa yang berlaku beberapa tahun lalu. Spekulasi tulen. Masalah pasaran bebas. Berapa banyak pedagang yang sebenarnya membeli fizikal, “katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast