TERKINI : Rafizi Akan Mempunyai Peranan Dalam Parti – Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali percaya parti akan memberikan jawatan kepada pencabarnya, Rafizi Ramli, bagi meneruskan usaha memperkukuhkan parti itu.

Jelasnya, pengalaman Rafizi selama beberapa tahun dalam PKR akan dapat memudahkan kerjasama mereka berdua demi membuat persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya percaya sahabat saya saudara Rafizi Ramli akan mempunyai peranan dalam parti. Dia telah mainkan peranan bertahun-tahun, saya rasa saya boleh bekerjasama dengan Rafizi untuk mengukuhkan parti untuk persediaan pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita Ke-13 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast