Sebahagian daripada pelarian yang diselamatkan oleh sebuah kapal kargo di Mediteranean. foto Agensi

TRIPOLI – Berpuluh-puluh pendatang diselamatkan oleh kapal kargo di Mediterranean telah menolak untuk meninggalkannya selepas ia berlabuh di pelabuhan Libya.

Pelarian-pelarian itu lebih rela mati daripada terpaksa turun semula ke Libya, yang mana mereka mendakwa telah ditahan dan diseksa oleh penyeludup.

Kapal itu membawa mereka ke Misrata pada 10 November selepas mengambil mereka dari sebuah bot dari pantai barat Libya.

Kesemua mereka dari sub Sahara Afrika dan Asia Selatan.

Seramai 14 orang termasuk kanak-kanak yang tidak ditemani dan seorang ibu serta seorang bayi telah meninggalkan kapal itu pada Rabu lalu untuk dihantar ke pusat tahanan di Libya.

Manakala 77 pelarian lagi masih kekal dalam kapal berkenaan.

Seorang remaja, Biktor, 17, berkata, dia sedia untuk dihantar ke mana-mana tetapi bukan pulang semula ke Libya.

Katanya, abang dan rakannya telah mati di tangan penyeludup di Bani Walid – pusat penyeludupan di Tripoli.

Kai, 18, dari Sudan pula berkata, dia sanggup mati di dalam kapal itu daripada keluar.

Sementera itu, Amnesty International berkata, pelarian-pelarian itu tidak patut dipaksa untuk meninggalkan kapal untuk dihantar ke pusat tahanan, yang mana mereka akan diseksa dan dianiaya.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, tiada siapa boleh dihantar ke tempat yang memberi risiko kepada nyawanya,” kata Amnesty.- MalaysiaGazette