KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam pertemuan dengan wartawan MalaysiaGazette mengupas pelbagai isu semasa.

Beliau yang tampil ringkas, melahirkan kerunsingan mengenai tindakan provokasi yang melampau sehingga tidak mengendahkan undang-undang malah ada yang lebih berani memperlekehkan institusi diraja.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Musa juga menyentuh tentang Polis Diraja Malaysia yang menurut beliau kini semakin tidak dihormati dan sering dihina.

“Kita ada masyarakat apa ya, masyarakat yang tidak ada budi bahasa, masyarakat kurang ajar,” katanya. – MalaysiaGazette