Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pakar dalam bidang perundangan, perbankan, kejuruteraan dan teknologi mempunyai permintaan tinggi di tengah dan Greater Lembah Kelang dengan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan baharu dan proses digitalisasi perniagaan.

Kajian itu dijalankan oleh Robert Walters, sebuah firma peneraju perunding pakar profesional di dunia melalui Tinjauan Gaji bagi 2019.

Menurut kajian itu, pasaran pengambilan kerja semakin baik di Pulau Pinang dengan kemahiran kejuruteraan dan mekanikal mendapat permintaan tinggi memandangkan negeri itu sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pembuatan.

Bakat utama dalam rantaian bekalan dengan kemahiran komunikasi yang baik sangat dicari.

Kemahiran lain yang diperlukan kecekapan kepimpinan, fokus penyelidikan dan pembangunan seperti reka bentuk mekanikal, perisian terbenam dan pembangunan sistem. Peningkatan gaji tetap minimum dengan kenaikan sekitar 15 – 20 peratus.

Pengurus Negara Malaysia, Robert Walters, Kimberlyn Lu berkata, pengambilan pengurus dalam sektor industri juga akan meningkat bagi profesional dengan pengalaman, strategik mindset dan kemahiran kepimpinan yang teguh.

Sebagai tambahan, dengan hala tuju pematuhan kerajaan baharu terhadap peraturan yang dikenakan untuk meminimumkan pembaziran dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah, digitalisasi akan terus menjadi pemacu pasaran utama dan bakat teknologi maklumat akan terus mendapat tempat.

Katanya, profesional sumber manusia dengan pengalaman lebih dalam pentadbiran dan berupaya memanfaatkan modal insan untuk nilai tambah perniagaan juga akan menjadi perhatian syarikat-syarikat.

Pengetahuan teknik juga merupakan keperluan penting memandangkan transformasi digital dan automasi pelbagai sektor utama masih berterusan dan profesional perlu mempunyai kemampuan untuk memanfaatkan pelbagai alat teknologi dan analitik untuk analisis data.

“”Kami meramalkan peningkatan dalam PKS, organisasi korporat dan syarikat multinasional (MNC) yang mengamalkan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi dalam proses perniagaan mereka pada 2019, oleh itu, akan wujud peningkatan permintaan bagi bakat dengan kombinasi kemahiran dan pengetahuan teknikal,” tambah Kim.

Tinjauan itu turut memberi tumpun terhadap keperluan pengambilan pekerjaan yang berbeza dan margin kenaikan gaji dalam industri utama pada tahun 2019.

Katanya, sektor perundangan dan pematuhan akan menjadi sektor yang menjadi pilihan pada tahun ini dengan tahun depan.

Aktiviti pengambilan berterusan bagi perundangan, setiausaha korporat dan profesional pematuhan berikutan pelaksanaan dasar baru oleh kerajaan sekarang.

Calon yang mempunyai kemahiran khusus dalam Anti Penggubahan Wang Haram, Membanteras Pembiayaan Keganasan (CFT) akan mendapat permintaan tinggi. Pelaksanaan SST juga mendorong peningkatan permintaan bagi peguam-peguam percukaian.

Permintaan untuk aktuari pertengahan di dalam pasukan penetapan harga dan penilaian berkembang berikutan ketidakstabilan secara berterusan dalam insurans am.

Permintaan yang kuat untuk kemahiran dalam kecerdasan perniagaan, misalnya AI dan pembelajaran mesin, analisis data, pengurusan risiko, statistik atau matematik.

Mereka yang mencari peluang baharu berupaya mendapat kenaikana gaji antara 20 hingga 25 peratus lebih tinggi.

Permintaan kukuh untuk kejuruteraan dan pembuatan terutama mereka yang mempunyai pengalaman antarabangsa dan pernah bekerja dengan MNC. Mereka yang beralih pekerjaan turut berpeluang mendapat kenaikan sehingga 25 peratus.

Sektor lain yang turut menjadi tumpuan ialah teknologi dan transformasi digital. Kajian menunjukkan bahawa bakat teknogi maklumat tetap terhad.

Calon dengan pelbagai kemahiran, seperti DevOps dan pembangunan lebih mudah berada dalam pasaran kerja.

Prospek optimistik dengan pengembangan perkhidmatan bersama yang berterusan akan menyumbang kepada pertumbuhan dalam nilai perkhidmatan.

Pengenalan semula SST memerlukan profesional cukai yang boleh menyumbang kepada peraturan baru dan implikasi perniagaan.

Katanya, calon yang mempunyai kemahiran dalam automasi dan pengalaman serantau akan mendapat permintaan dengan kenaikan gaji antara 15 hingga 25 peratus bagi yang beralih kepada firma lain.

Untuk sumber manusia, permintaan calon dengan kemampuan memanfaatkan pelbagai alat teknologi dan analisis untuk menyediakan analisis data modal insan diperlukan dalam pasaran.

Mereka yang mencari jawatan baru dalam HR boleh mengharapkan kenaikan gaji berada dalam lingkungan 15-20 peratus. – MalaysiaGazette