Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelajar-pelajar dan tetamu yang hadir pada Syarahan Za'ba Pengajian Melayu 2018 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 23 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bengang ditanya tentang kemelut PKR Sarawak berkenaan pelantikan jawatan pengerusi parti di negeri itu.

Beliau yang kelihatan tidak suka dengan soalan yang diajukan terus mempertikaikan kepada wartawan mengajukan seoalan itu.

“Kamu sibuk apasal (kenapa)? Apa masalah? Kenapa tak tanya (hal) Pengerusi Selangor? Kenapa tak (Pengerusi) Pulau Pinang? Perlis?” soalnya kepada pemberita selepas memberi Syarahan Za’ba 2018 bertajuk Melayu dan Islam Dalam Era Malaysia Baharu di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya hari ini.

Terdahulu, Anwar diminta mengulas mengenai isu siapa Pengerusi PKR Sarawak yang baharu sama ada Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian atau pun Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

Ketika ini, Pengerusi PKR Sarawak disandang oleh Baru Bian.

Ada juga desas-desus dalam kalangan ahli di negeri itu yang mengatakan bahawa PKR Sarawak mempunyai autonomi untuk memilih siapa pengerusi parti mereka dan ada yang mendakwa ia tertakluk kepada keputusan presiden.

Namun, Anwar kemudiannya menganggap isu tersebut tidak berbangkit namun hanya dibangkitkan oleh media.

“Kita ikut perlembagaan. Benda ini tak bangkit pun. Hanya dibangkitkan media. Ada satu, dua orang itu (peringkat cabang yang pertikai) itu biasalah,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast