Penyanyi, Altimet ketika membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Rapper terkenal, Altimet mengakhiri kariernya bermula semalam.

Menerusi akaun Instagram Altimet ketika memuat naik video berada di studio rakaman berkata selepas ini beliau tidak akan lagi menyanyi.

“Hari last aku kat dalam bilik ni sebagai seorang rapper. Kalau dengar lagu aku lepas ni, tu bukan rakaman baru, tapi dah lama ada dalam hard drive aku. Aku tutup akaun aku, tutup buku aku, tutup mulut, aku mintak diri dulu. #AO #tamat #moveon,” kata pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-32 Febuari yang lalu dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Sebelum ini, Altimet meluahkan hasratnya untuk bersara dari dunia seni namun tidak pernah meletakkan tarikh yang jelas.

Para peminat Altimet rata-rata berkata akan merindui karya rapper itu.

“Aku akan sentiasa rindu kat karya kau yang bermesej…. Good Luck (Semoga berjaya) dengan apa yang kau lakukan……,” kata iamthehustler84.

“Terima kasih kepada semua kata-kata yang kau berikan kepada kami untuk didengari,” kata Alifadnan.

Tidak ketinggalan ada juga yang menghalang Altimet untuk menamatkan kariernya.

“Lepas ni awak nak jadi apa ? Inikan periuk rezeki wak . Janganlah move on. Masing-masing ada dugaan. Pedulikan apa orang kata bro,” kata theailifboyek.-MalaysiaGazette