Sisa daging babi yang dilempar di surau Taman Serkam Darat, Jasin, Melaka. foto AB Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Melaka mengecam tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan daging dan tulang babi di kawasan Surau Serkam Darat.

Tindakan itu disifatkan satu bentuk penghinaan kepada institusi Islam apabila tempat ibadat umat Islam dicemari dengan daging babi yang sensitif kepada umat Islam.

Sambil mengingatkan jangan disimbah minyak kepada api yang sedang membara, Dr. Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mahu Kerajaan Negeri Melaka dan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan yang tuntas dan keras kepada individu atau kumpulan yang melakukannya.

“Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin tidak akan berkompromi kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan provokasi murahan untuk menggugat ketenteraman rakyat dan kami bertekad untuk mempertahankan keamanan bumi Malaysia ini walau apa jua yang berlaku.

“Kami percaya keamanan yang dikecapi selama ini adalah bertunjangkan sifat hormat menghormati serta toleransi sesama kaum. Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk sama mendidik dan menjaganya agar sifat ini sentiasa diamalkan demi untuk mengekalkan keamanan di bumi Malaysia tercinta ini,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast