KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi desakan supaya Goldman Sachs Group mengembalikan lebih daripada AS$600 juta kepada Kerajaan Malaysia bagi peranannya yang menjijikannya dalam transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Goldman Sachs memperoleh keuntungan sejumlah AS$600 juta dalam bentuk yuran dalam mengatur jualan tiga bon bagi syarikat tersebut.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, ia adalah kos kepada imej negara.

Walaupun ia adalah kos untuk pelaburan tetapi ia kini menjadi beban yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan peranan institusi kewangan yang terkenal dan boleh dipercayai itu.

“Bagi mereka yang menggunakan negara seperti Malaysia – sebuah negara yang bergelut untuk merealisasikannya secara ekonomi, bergerak secara berperingkat-peringkat bagi saya ia benar-benar menjijikkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Financial Times hari.

Sebelum ini, kenyataan sama turut dibuat oleh Anwar di Parlimen.

Katanya, Malaysia wajar menuntut bayaran semula daripada Goldman Sachs, termasuk pampasan bagi reputasi Malaysia yang rosak teruk.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mendakwa dua pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner dan Roger Ng terlibat dalam jenayah bagi kes 1MDB. – MalaysiaGazette