TERKINI : “Inikah Cara Sambut Ulang Tahun HINDRAF 25 NOVEMBER”? – Vigneswaran

Tindakan kumpulan yang merusuh di Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya tidak boleh menganggap diri mereka sebagai hero kerana perbuatan itu adalah salah.

Demikian menurut Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berhubung tindakan perusuh di kuil berkenaan yang mengakibatkan seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dilaporkan kritikal apabila diserang.

“Jangan kumpul (di kuil dan anggap) nak jadi hero. Buat benda bodoh kepada golongan tidak bersalah dan memperjudikan keselamatan awam.

“Kenapa nak marah-marah (isu pemindahan kuil) dan pecahkan harta benda,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.