Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari akan mengemukakan jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu tanah kuil Seafield Sri Maha Mariamman esok.

Menurutnya, sidang media mengenai perkara itu akan diadakan di Dewan Annexe, Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

“Saya telah bertemu dan berbincang dengan Senator Waytha Moorthy, Sivarasa Rasiah, Ganabatirau dan Gunaraj (hari ini) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu kuil,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Sebelum itu, isu kuil itu bukan sahaja melibatkan tanah tetapi ‘merebak’ sehingga menjadi isu perkauman dan agama sejak beberapa hari lalu.

Walaupun ia semakin reda namun satu jalan penyelesaian menyeluruh perlu dibuat dan langkah kerajaan negeri itu dilihat perlu memandangkan ia berlaku di Selangor.- MalaysiaGazette