Mohamed Azmin ALi mewakili Malaysia dalam Mestuarat BIMP-EAGA di Brunei baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) BIMP-EAGA telah bersetuju membangunkan satu Pelan Tindakan bagi mengenal pasti aktiviti ekonomi utama yang dapat meningkat dan mempromosikan kerjasama dengan China.

Pelan itu berdasarkan kekuatan dan kelebihan daya saing ekonomi serantau.

Persetujuan itu dicapai pada BIMP-EAGA dan Mesyuarat Berkaitan telah berjaya diadakan di Kuala Belait, Brunei Darussalam daripada 23 hingga 26 November lalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Dato Seri Setia Erywan Pehin Yusof, Menteri Luar Negeri Kedua, Brunei dan Malaysia diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bidang utama kerjasama termasuk kesalinghubungan; pertanian; pemprosesan perikanan dan industri makanan; pelancongan dan pertukaran sosio-budaya; perdagangan dan pelaburan; ekonomi digital; pengurangan kemiskinan dan pembangunan inklusif; pembangunan sumber manusia; persekitaran serta kuasa dan tenaga.

BIMP-EAGA terdiri daripada seluruh kesultanan Brunei; wilayah Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Papua di Indonesia; Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia; pulau Mindanao dan wilayah Palawan di Filipina.

Dengan jumlah penduduk 75.8 juta dan keluasan 1.6 juta kilometer persegi, BIMP-EAGA merupakan pasaran yang signifikan bagi pertumbuhan ekonomi yang kukuh di ASEAN.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata, Malaysia akan meneruskan usaha mengintegrasikan ekonomi termasuk meningkatkan kesalinghubungan melalui pembinaan projek infrastruktur seperti Lebuhraya Pan Borneo, lapangan terbang Mukah dan pengembangan pelabuhan kontena Teluk Sepanggar.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) EAGA pada harga semasa meningkat kepada AS$287.3 bilion dengan peningkatan imbangan perdagangan sebanyak 39.2 peratus kepada AS$54.7 bilion.

Perdagangan barangan BIMP-EAGA berjumlah AS$102.7 bilion dan jumlah eksport EAGA adalah AS$79 bilion. Pelaburan yang direalisasi dan diluluskan dalam pelaburan langsung asing mencapai AS$13.92 bilion manakala dalam pelaburan domestik sebanyak US$6.98 bilion. – MalaysiaGazette