PARIS – Liverpool terus bergelut untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah selepas tewas 1-2 kepada Paris St-Germain awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini menghuni di tangga ketiga Kumpulan C dan perlu mengalahkan Napoli pada perlawanan akhir kumpulan itu di Anfield pada bulan depan untuk terus bersaing dalam kejohanan tersebut.
Pasukan tuan rumah membuka tirai pada minit ke-13 menerusi Juan Bernat dan melebarkan jaringan pada minit ke-37 melalui pemain sensasi, Neymar.
Bagaimanapun Liverpool berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti menerusi James Milner pada akhir babak pertama.
PSG mungkin boleh menang dengan jaringan yang lebih banyak dengan peluang yang hadir pada separuh masa kedua namun gol Marquinhos dibatalkan kerana offside. – Agensi