Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Sumber berkata, Mahdzir akan diambil keterangan berhubung projek tenaga solar bernilai RM2.5 bilion untuk sekolah-sekolah luar bandar Sarawak, menurut laporan The Star.

Beliau tiba di ibu pejabat di sini sekitar jam 9 pagi tadi.

Namun, tidak diketahui sama ada beliau akan ditahan oleh SPRM.

Mahdzir pernah dipanggil untuk siasatan kes yang sama pada 16 Oktober lalu.

Sementara itu, Datuk Lokman Noor Adam telah meminta penyokong untuk berkumpul sebagai tanda solidariti di luar ibu pejabat SPRM malam ini, jika Mahdzir ditahan.

Ini kerana, ada spekulasi mendakwa Mahdzir akan didakwa di mahkamah esok. – MalaysiaGazette