SAN FRANCISCO – Twitter Inc telah menggantung akaun yang menyamar sebagai Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Kami menggantung @putinRF_eng yang dipercayai melakukan penyamaran berdasarkan laporan sah yang kami terima daripada pegawai Rusia,” kata Twitter pada hari Rabu.

Jurucakap Twitter, Ian Plunkett melalui emel bahawa akaun yang digantung itu tidak mempunyai kaitan dengan Putin.

Menurut imej yang diarkibkan dalam akaun itu, akan itu dicipta pada bulan November 2012, mempunyai kira-kira 1 juta pengikut dan sebahagian besarnya memaparkan pautan rasmi kerajaan kepada penampilan awam Putin. – MalaysiaGazette