Wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) Skypark, The Place dan The Square, Chong Li Loh bercakap pada sidang media mengenai rusuhan yang terjadi di MCT Tower, One City, Subang Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 29 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi tiga lot komersial One City di USJ25 tidak mahu dikaitkan dengan pemaju MCT Berhad.

Tapak kuil di Seafields yang menjadi kontroversi ekoran berlakunya rusuhan baru-baru ini adalah milik One City Development Sdn. Bhd., anak syarikat MCT Berhad.

Dalam satu kenyataan, badan pengurusan bersama bagi Skypark, The Place dan The Square berkata, One City adalah projek pembangunan bercampur-campur dimiliki oleh 939 individu.

Ketiga-tiga lot itu diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama.

“Kami tidak ada kaitan dengan syarikat berkenaan. One City Development Sdn Bhd merupakan satu-satunya penyewa dan bukan pemilik bangunan,” kata badan pengurusan bersama dalam kenyataan itu.

Katanya, menara pejabat turut disewa oleh penyewa lain termasuk syarikat-syarikat multinasional.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama The Square berkata, kerosakan yang dibuat oleh perusuh semasa serangan adalah signifikan.

Choong Li Loh berkata, kerosakan itu turut membabitkan kos kewangan kerana pemilik-pemilik terpaksa menanggungnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang berunding dengan peguam untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast