OTTAWA – Selepas Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Jerman mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 warga Arab Saudi yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan kejam wartawan, Jamal Khashoggi, kini Kanada juga menyertai langkah tersebut.

Agensi melaporkan, pihak berkuasa Kanada telah mengeluarkan arahan sekatan itu semalam waktu tempatan ke atas 17 warga Arab Saudi yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam tersebut berkuatkuasa serta merta.

Menurut Menteri Hal Ehwal Luar, Chrystia Freeland dalam satu kenyataan, sekatan itu termasuk pembekuan aset dan menghalang perjalanan mereka ke Kanada.

Freeland juga menggesa supaya satu siasatan telus dan tindakan sewajarnya diambil dengan kadar segera terutamanya apabila penjelasan serta penafian oleh Arab Saudi diragui kerana tidak konsisten dan tiada kredibiliti.

“Sekatan ini berkuatkuasa serta merta. Kita telah kenakan sekatan keluar masuk serta pembekuan aset terhadap semua individu-individu ini.

“Pembunuhan Jamal Khashoggi dikutuk dan mewakili serangan terhadap kebebasan bersuara semua individu, kes ini tidak di tutup atau dipandang remeh begitu sahaja.

“Perlu ada siasatan telus dan pendedahan yang jelas, ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan dalangnya perlu dibawa ke muka pengadilan tidak kira apa jua,” katanya.

Sekatan-sekatan itu mula diisytiharkan selepas pendakwa raya Riyadh mengumumkan lima pegawainya mungkin berdepan hukuman mati baru-baru ini.

SEramai 17 individu terbabit termasuk pembantu kanan putera mahkota, Saud Al-Qahtani dan Maher Mutreb serta konsul jeneral konsulat Istanbul ketika Khashoggi dibunuh, Mohammed Alotaibi.

Sekatan di AS pula membekukan sebarang aset yang dimiliki oleh individu yang disenaraihitamkan di bawah bidang kuasa AS, dan melarang orang Amerika dan syarikat AS berurus niaga dengan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast